Monday, November 28, 2011

Pahala Seorang Wanita



1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat.

Beruntunglah wahai sekalian wanita...^^


CINTA SETELAH NIKAH



Cinta yang ingin dirasakan

Cinta yang begitu dirindukan

Dimana semua orang sangat menunggu saat itu tiba

Semua berharap segera dapat berjumpa


Cinta setelah nikah

Dimana keberkahan dari Allah

Tercurah kepada sepasang manusia yang telah halal baginya

Cinta yang diridhoi, penuh keampunan serta kasih sayang Allah



Cinta setelah nikah merupakan perjuangan

Hujan badai dan gelombang kehidupan datang silih berganti

Jadikanlah perbedaan bukan sebagai jarak yang memisahkan

Melainkan untuk saling melengkapiSetiap manusia memiliki karakter yang berbeda



Tak ada manusia yang sempurna

Kerana kesempurnaan hanya milik Allah semata

Jangan biarkan cinta itu redup, kemudian matiTumbuhkan cinta itu kerana Allah



Saat engkau tergores luka dan kecewa

Tulislah dihamparan pasir

Agar sirna ditelan ombak kecintaan karna-Nya

Saat kebahagiaan menghiasi

Maka ukirlah dibatu karang

Kerana bila badai ombak kehidupan menerjangIa akan kokoh dalam naungan cinta-Nya



Maka...

Bila segala cobaan datang menghampiri

Bila badai ombak kehidupan menerjang

Kita selesaikan dengan cinta, sayangku...

Aku mencintaimu kerana Allah...

Sunday, November 27, 2011

Aku Cemburu Ya Allah!



Di hening pagi,

Ketika sang suria masih lagi samar-samar memancarkan sinarnya,

Ketika dedaunan masih basah disirami embun,

Ketika seluruh alam masih lagi sunyi,

Diriku hanya bertemankan sepi.



Aku melihat alam ciptaan Allah,

Langit yang membiru dan terbentang luas,

Pokok-pokok hijau yang tidak henti berzikir kepada Allah,

Kerdil aku rasakan ketika berada di hadapanMu, ya Allah,

Aku tertunduk,

Tubir mata mula digenangi air jernih,

Aku hanyut dibawa bayangan minda.



Peristiwa-peristiwa semalam,

Seringkali menerjah minda,

Biarpun cuba dipadam dan dilupa,

Namun parut tidak akan pergi begitu sahaja,

Pengalaman hidup jauh dari jalan redha-Nya,

Membuatkanku benar-benar derita,

Tidak mahu aku kembali melalui jalan yang sama.



Ya Allah, aku cemburu!

Aku cemburu kepada mereka,

Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi dengan cinta,

Cinta kepada siapa?

Cinta kepada-Mu wahai Tuhan yang menciptakanku,

Jiwa mereka dihiasi dengan semangat jihad,

Hati mereka diterangi dengan nur cinta yang abadi,

Iman memenuhi kamar sanubari,

Jalan perjuangan sedia mereka tempuhi,

Walaupun mmpunyai ranjau yang melukai.



Segala dugaan yang mendatang,

Dengan tabah mereka lalui,

Setiap tohmahan dan cacian,

Tidak pula mereka peduli,

Kerana hati mereka begitu asyik,

Terleka dan tenggelam oleh manisnya cinta.



Sedang aku di sini,

Dalam kesamaran masih tercari-cari,

Ke manakah hala tuju diri,

Setiap kelemahan berdikit-dikit ku cuba baiki,

Membersihkan kembali segumpal darah yang bernama hati,

Iman yang baru mula untuk berbuah,

Aku rasa begitu payah untuk dipertahankan.



Betapa hebatnya peperangan,

Yang terjadi antara iman dan nafsu,

Terkadang aku berasa ingin berhenti,

Berhenti daripada meneruskan langkah ini,

Tetapi aku tahu,

Bukan mudah untuk menggapai cinta hakiki,

Pengorbanan dan kesakitan harus aku lalui,

Demi sebuah pengakhiran yang bahagia,

Iaitu sebuah tempat di syurga yang ku damba.



Hembusan bayu menyedarkanku kembali,

Ya Allahu Ya Rabbi,

CintaMu menjadi dambaanku,

Dalam keheningan pagi ini,

Aku menadahkan tangan,

Bemohon dan merayu kepada-Mu,

Ampunkan segala dosa-dosaku,

Walaupun amat berat dugaan yang Engkau berikan,

Demi setitis cinta aku relakan,

Ya Allah berikanku kekuatan,

Amin ya Rabbal 'Alamin...


Kucup Dahi Ibu Akan Menggugurkan Dosa-Dosa Anaknya



SETIAP anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi orang Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tuanya.

Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa’ yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa).”

Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya:

“Berbaktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu.

Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara dirinya.”

Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah.

Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar.

Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar.

Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar dosa adalah menyekutukan Allah,membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”

Perintah Islam supaya anak berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah yang wajar. Baru saja tiga bulan hamil,si ibu menghadapi pelbagai keperitan.

Badan selalu letih, kepala pening dan selalu loya.

Apabila kandungan semakin besar, hatinya diganggu was-was,khuatir dan penuh persoalan.

Apa akan terjadi kepada anak yang bakal dilahirkan?

Apakah jantinanya?

Apakah sempurna anggotanya?

Tiba detik melahirkannya, perasaan ibu bertambah gelisah.

Khuatir keselamatan diri dan anak sentiasa menghantui fikiran.

Tetapi segala kerisauan, kebimbangan dan kesakitan terubat sebaik mendengar tangisan bayi yang dilahirkan.

Bermula anak yang sebesar tapak tangan itu,ibu bapa tidak renggang membesarkan anaknya disusuli dengan kasih sayang tidak berbelah bahagi.

Makan, minum, pakaian, pendidikan dan segala keselesaan diberikan,sehinggalah anak yang kecil tadi menjadi seorang kanak-kanak,remaja dan dewasa seganding dengan ibu bapanya.

Jasa ibu bapalah membolehkan si anak mengenal dan mengecap nikmat dunia, malah dapat menggali khazanah dunia serta menerajuinya.

Justeru, sudah selayaknya ibu bapa dimuliakan,dibajai dengan kasih sayang sebagaimana mereka mencurahkan kasih kepada anaknya yang kecil dulu.

Anak yang enggan berbakti kepada ibu bapa adalah anak derhaka,yang menerima balasan buruk.

Ini sebagaimana dapat difahami daripada hadis yang diceritakan Tabrani:

“Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa.”

Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa azabnya derita yang ditanggung derhaka di dunia.

Seksa ini datang dalam bentuk penderitaan sakit, baik rohani atau jasmani,sukar mencari nafkah, gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan.

Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w,satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan.

Disebabkan terlalu cintakan isteri,Wail selalu mencaci ibunya,mempercayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya.

Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami penderitaan sakit yang tidak terhingga.

Dia menggelupur sehingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan.

Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.

Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian.

Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku.

Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba.

Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail.

Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah,namun semuanya buntu.

Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh, oh”.

Keadaan semakin mengerikan.

Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi menceritakan keadaan Wail.

Nabi Muhammad s.a.w meminta ibu Wail dijemput menemui beliau.

Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.

Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya.

Dia percaya dan mengikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya.

Nabi Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka.

Tetapi perempuan itu berkeras enggan memenuhinya.

Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan anaknya yang menyakitkan hatinya.

Melihat keadaan itu, nabi termenung seketika.

Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api.

Wail akan dibakar hidup-hidup.

Nabi Muhammad menyatakan,

jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya,

Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti.

Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata:

“Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia.

Wail anakku. Aku telah ampuni dia.

Kesalahannya aku telah maafkan.”

Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya,wajahnya mula berubah.

Akhirnya dia dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir.


Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.

Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,
maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya,

sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."

* Quran - Surah Al Israa' : 23 - 24 *

Kecantikan Wanita Itu Bernama Pengabdian



Bismillahirr Rahmanirr Rahim ...

Ketika seorang wanita memasuki gerbang pernikahan, maka kehidupan "normalnya" akan sedikit mengalami perubahan. Bagi yang sebenarnya belum siap, maka seiring dengan berjalannya waktu,mereka akan merasa bahwa banyak hal yang akan atau telah terampas selama mereka menjadi seorang istri dan pendamping. Namun bagi yang melangkah dengan ilmu dan dengan dasar beribadah dengan Allah, betapapun berat jalan ke depannya, hal itu akan dilalui dengan tenang dan ikhlas.

Pernahkah kita melihat seorang istri yang menyuguhkan wajah kurang sopan setelah mengetahui hal yang dilakukannya kurang mendapat penghargaan dari suami?. Ternyata disinilah cara cantik Allah dalam mengajarkan indahnya keikhlasan kepada para wanita. Keikhlasan dalam pengabdian. Dan hasil akhirnya tergantung para istri itu sendiri, tetap bersabar, ikhlas dan tawakkal, ataukah memilih jalan emosi dan perasaannya saja. Namun, satu hal yang pasti, Allah adalah yang maha membalas atas pilihan hidup yang kita jalankan.

Subhanallah, pernahkah kita berpikir betapa indah cara mendidik Allah yang tetuang dalam sebuah pengabdian kepada para suami kita?. Tidak bisa kita pungkiri bahwa para laki laki, adalah pemimpin para wanita. Namun, walaupun beliaunya adalah seorang pemimpin, mereka tetaplah manusia biasa. Para suami bukanlah seorang tanpa cela, adakalanya pula mereka berbuat kesalahan yang sama dengan yang dilakukan para istri. Bukankah tiada yang sempurna kecuali Allah subhana wata'ala. Jika sebuah kekurangan dalam diri suami tersebut disikapi dengan kehangatan sikap sebagai sebuah pengabdian sang istri, maka hal tersebut justru menjadikan Puncak dan sekaligus landasan bagi segala daya tarik seorang istri.

Ketika suami yang melihat ketekunan istrinya menjalankan ibadah dan mengikhlaskan segala cinta, aktifitas dan kerja-kerjanya semata untuk mengharapkan keridhoan Ilahi, tentu saja akan semakin menghangat hatinya, dan keinginan untuk menjadi lebih baik dalam segala halpun InsyaAllah akan semakin menguat. Dan, yang terindah dari semua itu, sang istri akan menggapai kemuliaan dirinya di hadapan Allah Penguasa Alam Semesta dan di hadapan segenap makhlukNya.

Ternyata memanglah benar, mengabdi bukan berarti membungkam kekuatan wanita. Lewat sikap ini, wanita menunjukkan bahwa dia bukan hanya mahluk yang memiliki kelembutan hati dan tutur serta sikap santun, akan kekuatan tersembunyi yang luar biasa.

Pahit getir kehidupan serta kepedihan seringkali dihadapi istri dalam mendampingi suami. Tidak jarang pula cobaan-cobaan tersebut terkadang serasa di luar batas kesanggupannya sebagai individu untuk menghadapinya, namun ketika pengabdian sudah terpatri dalam hati, maka siapapun akan terperangah, bagaimana mahluk yang kita pandang lemah lembut dan ringkih, wanita, bisa menghadapi semua itu.

Dalam pengabdian, juga terkandung makna menutupi aib dan atau kekurangan pasangan kita.Susah memang untuk tetap tersenyum menghadapi kenyataan yang mungkin bahkan jika kekurangan suami kita telah diketahui begitu banyak manusia di luar sana.

Memanglah tidak semudah mengatakan untuk selalu tersenyum sambil menceritakan kebaikan-kebaikan suami kita sedangkan disisi lain kitapun mengetahui segala keburukannya. Namun sekali lagi, jika hal tersebut disikapi dengan kehangatan sikap sebagai sebuah pengabdian sang istri, maka hal tersebut justru menjadikan Puncak dan sekaligus landasan bagi segala daya tarik seorang istri.

Bukan main ternyata akhlak yang dimiliki wanita yang benar-benar mengabdi pada suami mereka atas dasar beribadah kepada Allah subhanahu wata'ala