Monday, February 28, 2011

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran


Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya
 kumpul :
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)
"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)
Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

aku seorang mujahidah




Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong dikala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.
Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.
Sanggupkah aku menjadi ibu seperti Khansa'?
Rela menyerahkan anak-anaknya ke medan pertempuran,
Biarpun darah menjadi penggantinya,
Asalkan syahid menjadi habuan.
Aku pasti akan berusaha menjadi pewaris mereka,
Ayuh, kita bangun bersama,
Wahai para mujahidah!

Friday, February 25, 2011

alhamdulillah.......

alhamdulllah hari ini sy baru berpeluang nk update my blog.......alhamdulillah exam selesai jgk.....
sy da berusaha n skrg sy mampu bertawakal utk dapat keputusan yg cemerlang....alhamdulillah jugak umur sy pun da genap 20 tahun alhamdulillah.......syukran pada kwn2 yg sudi mengucapkan birthday sy....
syukran jugak pada sahabat sy Nur Najihah Azali kerana sudi bg hadiah....syukran juga pd sahabat sy yg memberi kata-kata yg tersirat maksudnya.....di sini sy nk kongsi kata-kata itu:

"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH,
Tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...
Kerana ALLAH teramat mencintainya...
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
Di mana ALLAH untuk menjaga kita?
ALLAH seperti melepaskan kitakepada seseorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita"

"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,
Bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYA.
Mengapa masih ragu-ragu?

"Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari"
Hargailah di atas kesempatan yang ALLAH berikan...

"Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"
-Imam Ghazali-

ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan....
dari melihatmu gembira dalam kelalaian...

ukhtiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan....
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan..
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran...
Dari hidup dalam kesesatan....
Kerana jangan lupa ukhtiku...

Muliamu bukan pada pangkat dan harta tapi kerana ISLAM...

itula kata2nya......maksudnya begitu mendalam sehingga boleh menitiskan air mata......alhamdulillah kini ku tidak akan menyimpan perasaan terhadap man-mana lelaki yg bukan muhrim.....
kerna seluruh jiwaku hanya pada ALLAH....
jodoh,ajal,maut dan pertemuan hanya pada ALLAH...
kita hanya merancang tapi ALLAH yang menentukan....
walaupun kita bercinta bertahun-tahun tapi kalau dia bkan jodoh kita....
meranala selamanya....
ape pun sekarang matlamt ku hanya untuk belajar dan melunaskan tanggungjawabku sebagai Hamba,Anak,Pelajar yang berjaya......
amin....
wallahualam....