Friday, May 27, 2011

jom MendalAmi FiqH munakahat


Assalammualaikum sahabat2....
selamat pagi.....semoga ALLAH S.W.T memberkati hidup kita hari nie dan semoga kita diberi nur hidayah untuk sentiasa melakukan perkara yang disukai oleh ALLAH S.W.T....insya'ALLAH.....
oleh kerana sem nie saya belajar fiqh munakahat...saya nak berkongsi sedikit cara-cara memilih pasangan kita tidak kira lelaki atau permpuan....

1. seseorang yang mempunyai agama yang betul dan akhlak yang baik.
- seseorang mestilah mengetahui agama yang dianutinya sebagai contoh Islam....dan mengetahui segala larangan dan di sukai dalam Islam...Selain itu, dalam memilih wanita ada 4 perkara yang dititik beratkan iaitu
harta,keturunan,kecantikan dan agama..Untuk memilih kita haruslah titik beratkan soal agama
dahulu..Rasulullah bersabda: Pilihla wanita yang ada agama, maka beruntungla kamu...
kenapa kita perlu memilih agama dahulu?sebab agama adalah konsisten semakin meningkat umur semakin kuat agamanya dan kita terikat dengan
    syariat...Jika memilih kecantikan, Kecantikan akan pudar bila umur semakin lanjut...Jika memilih berharta,
    harta akan habis...

2. Mempunyai nasab yang baik
- sebagai contoh kita haru melihat keturunannya....Sama ada terdiri org-org yang baik atau sebaliknya...

3. Kalau boleh, jangan ambil pasangan kita yang keturunannya dekat dengan kita (sepupu)
- menurut kajian sekiranya kita kahwin dengan sepupup kita berkemungkinan susah untuk dapat anak kerana pertembungan genetik yang sama akan melemahkan genetik... Selain itu, hukum kahwin dengan sepupu adalah makruh..

4. serasi atau secocok
    1) mempunyai agama yang baik
    2) mempunyai profesion(kerja)
    3) tidak mempunyai sebarang keaiban yang boleh menyebabkan penceraian..

5. memilih anak dara
- kenapa kita dinasihatkan memilih anak dara?
kerana anak dara nie mulutnya manis, rahim lebih suci, dan lebih redha berbanding dengan janda..

6. memilih wanita yang keturunanya senang dapat anak...

wallahualam.....

Thursday, May 26, 2011

HURUN 'AIN



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.
salam jumaat...pagi ni saya nk post sikit tntang "Hurun Ain"....
Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Salah satu kenikmatan hidup di dunia ialah apabila Allah menciptakan wanita untuk lelaki dan lelaki untuk wanita.

Antara keduanya ada perasaan tarik menarik. Daripada perasaan itu timbul pula rasa cinta mencintai hingga wujud kehidupan yang bahagia.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (ar-Ruum [30 ] : 21)

Rasulullah saw bersabda : "Tidak ada sesuatu pemberian Allah SWT yang lebih baik sesudah iman dan taqwa daripada isteri yang baik. Jika disuruh ia mentaati, jika melihat kepadanya melapangkan hati, jika bersumpah kerananya dia menolong menepati, jika berada jauh dia menjaga dirinya dan harta suaminya."

Sebagaimana di dunia begitulah pula di akhirat. Salah satu kesenangan dan kebahagiaan yang Allah sediakan selepas kesenangan dan kebahgiaan yang tertinggi iaitu melihat wajah Allahialah Allah SWT menciptakan pasangan (zaujah) masing-masing.

Tidak sedikit ayat-ayat al-Quran dan hadis nabi menerangkan tentang keistimewaan zaujah ini.

Menurut sebahagian besar para ulama' pasangan ini (bidadari) Allah ciptakan untuk lelaki dan juga wanita, dan ini disebut bidadari atau wanita syurga. Jadi persoalannya adakah nanti untuk wanita disediakan bidadari seperti juga yang disediakan untuk keum lelaki. Jawapan yang dikemukakan oleh Ustaz Dato' Hassan Din al-Hafiz ialah lelaki dan wanita akan dapat bidadari syurga yang akan melayan segala kehendak di syurga nanti.

Dinyatakan juga bahawa wanita dalam syurga ada dua golongan, pertama wanita-wanita dunia yang masuk syurga dan kedua, wanita-wanita yang Allah ciptakan dalam syurga yang tak pernah hidup dalam dunia ini. Itulah yang disebut HURUN 'AIN atau yang disebut sebagaiBIDADARI. (al-Waaqi'ah [56] : 22)

Jadi orang lelaki akan dapat bidadari (isterinya yang masuk syurga, jika sampai 10 orangpun masuk syurga dia akan ketemu kesemua sepuluh itu) serta bidadari yang telah disediakan di syurga. Di sana tidak ada cemburu. Tentang wanita pula saya kurang jelas dengannya tetapi saya faham bahawa akan dapat pasangan daripada suami kita di dunia yang masuk syurga dan dapat bidadari syurga.


Antara ayat-ayat al-Quran yang menggambarkan keadaan bidadari syurga ialah:

Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (Burung Kasawari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (As-Saaffaat [37] : 48-49)
Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad [38] :52)
Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (at-Tur [52] : 20)
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. (Ar-Rahmaan [55] : 56)
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata yaqut dan marjan (delima dan marjan). (Ar-Rahmaan [55] : 58)
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman/bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahmaan [55] : 70)
Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing. (Ar-Rahmaan [55] : 72)
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahmaan [55] : 74)
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah. (Ar-Rahmaan [55] : 76)
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (Al-Waaqi’ah [56] : 22-23)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri (bidadari-bidari) mereka dengan ciptaan istimewa,Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Al-Waaqi’ah [56] : 35-37)

Gambaran Bidadari dalam Hadis 

Berkata Ibnu Mubarak daripada Ibnu Abbas ra; ia berkata pada suatu hari, kami duduk bersama Ka'ab, lalu ia berkata: "Sekiranya sebuah tangan daripada Bidadari itu dijulurkan dari langit, akan terang benderanglah seluruh permukaan bumi sebagaimana matahari meneranginya bagi penduduk dunia." Kemudian ia berkata; "Kalau demikian keadaan tangannya sahaja bagaimana pula dengan mukanya, putihnya dan ayunya".

Berkata Atha' as-Sulamy kepada Malik bin Dinar: "Ya Abu Yahya, di dalam syurga Bidadari-bidadari mempertontonkan kecantikannya kepada ahli syurga. Sekiranya Allah SWT tidak menentukan bahawa ahli syurga tidak akan mati selamanya, sudah tentu ahli syurga akan mati setelah melihat wajah bidadari yang luar biasanya (kerana terperanjat)."

Daripada Ahamd Ibnul-Hawary: "Seorang yang arif bijaksana pernah menemui seorang yang arif dan bijaksana yang lain lalu berkata: "Rindukah engkau terhadap bidadari?" Dijawabnya; "Tidak". Berkata lagi yang menanya tadi : "Tidak rindukah engkau akan Bidadari kerana sinar wajahnya ialah Nur Allah 'Azza wa Jalla." Mendengarkan itu yang ditanya jatuh tersungkur kerana pengsan.

Ath-Thabarany menuturkan, kami diberitahu Bakr bin Sahl Ad-Dimyaty, kami diberitahu Amru bin Hisyam Al-Biruny, kami diberitahu Sulaiman bin Abu Karimah, daripada Hisyam bin Hassan, daripada Al-Hassan, daripada ibunya, daripada Ummu Salamah ra, dia berkata, “Saya berkata:

"Wahai Rasulullah! Jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli”.” Baginda menjawab: "Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung merak.”

Saya berkata lagi: "Wahai Rasulullah! Jelaskan kepadaku tentang firman Allah, “Laksana mutiara yang tersimpan baik.” - (Al-Waqi'ah [56] : 23). Baginda menjawab: "Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.”

Saya berkata lagi: "Wahai Rasulullah! Jelaskan kepadaku firman Allah: “Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman/bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahmaan [55] : 70) Baginda menjawab: "Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jeli.”

Saya berkata lagi : Jelaskan padaku firman Allah, “seakan-akan mereka adalah telur (burung kasawari) yang tersimpan dengan baik.” (Ash-Saaffaat [37] : 49) Baginda menjawab: "Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bahagian dalam telur dan terlindung kulit bahagian luar, atau yang biasa disebut putih telur.”

Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah! Jelaskan padaku firman Allah, “Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Al-Waaqi'ah [56] : 37) Baginda menjawab: "Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal pada usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Dia menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, berghairah, mengasihi dan umurnya sebaya.”

Disebutkan dalam catatan kaki buku Raudhatul Muhibbin, halaman 201: "Pengarang (Ibnul Qoyyim) menyebutkan hadits ini di dalam bukunya Hadil Arwah. Di sana dia memberi catatan: Sulaiman bin Abu Karamah menyendiri dalam riwayat ini. Abu Hatim menganggapnya dha’if.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Mu'az bin Jabal; Berkata Rasulullah saw: "Bila seorang isteri menyakiti hati suaminya di dunia ini, maka berkata Bidadari yang bakal jadi pasangannya di syurga: "Janganlah engkau sakiti dia, kemarahan Allah atasmu, ia di sisimu hanya sementara, jika ia menceraikan kamu ia akan kawin dengan kami". Daripada hadis ini masing-masing Bidadari itu sudah mengetahui siapa lelaki yang masih hidup akan menjadi pasangannya kelak.

Wednesday, May 25, 2011

BeRkAbUng MenUrUt SyaRak



Assalammualaikum......
hari ni saya nk post tentang berkabung menurut syarak.....
oleh kerana saya dpt tajuk ni sebagai thesis.....
jadi saya nak kongsi dgn sahabat2.....


Berkabung ataupun ihdad menurut Imam An-Nawawi Rahimahullah ialah: Meninggalkan berhias-hias samada dengan pakaian, barang kemas dan bau-bauan yang harum. (Raudhah Al-Thalibin, 8 / 405)
Ini bermaksud perempuan yang berihdad ialah perempuan yang meninggalkan perkara yang berkaitan dangan berhias dan apa-apa yang boleh merangsang umpamanya memakai minyak wangi serta bersolek. Tuntutan berkabung ini pada lazimnya hanyalah ditujukan kepada perempuan yang kematian suami selama iddahnya. Sementara lelaki tidak berkaitan dengan tuntutan berkabung ini.
Sebagaimana yang berlaku pada zaman jahiliah, perempuan yang kematian suami ada yang dikenakan berbagai pantang larang yang langsung tidak memberi keselesaan hidup di sepanjang tempoh iddah mereka. Hal ini dijelaskan di dalam hadits Baginda Rasulullah s.a.w. yang diceritakan oleh Zainab r.a.:Maksudnya: “Aku telah mendengar ibuku, Ummu Salamah berkata: “Telah datang kepada Baginda Rasulullah s.a.w. seorang perempuan lalu berkata kepada Baginda: “Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya anak perempuanku telah kematian suaminya, matanya nampak membengkak (kerana banyak menangis) adakah boleh saya mencelak matanya?” Maka Rasulullah s.a.w. pun menjawab: “Tidak (sebanyak dua atau tiga kali kesemuanya dikatakan Baginda:”tidak”)” Kemudian Baginda bersabda: “(Dia sepatutnya berkabung) selama empat bulan dan sepuluh hari, dan kalian tidak perlu meniru kebiasaan wanita Jahiliah (yang suka memanjangkan masa iddah dan tidak mahu celaka) dengan membuang kotoran haiwan pada awal tahun”. (Hadis riwayat Muslim)
Sebahagian anggota masyarakat hari ini, khasnya para isteri, memandang ringan akan tuntutan berkabung ini. Apa yang kita selalu saksikan hari ini, apabila kita menghadiri majlis penyempurnaan jenazah dan majlis bertahlil (semasa masih dalam tempoh berkabung), isteri si mati tersebut tidak menampakkan dirinya dalam berkabung atas kematian tersebut.

HUKUM BERKABUNG
Menurut ijma‘ para ulama, berkabung adalah wajib bagi wanita yang kematian suami. Di samping itu mereka berbeza pendapat tentang hukum ihdad bagi sesetengah perempuan yang bukan kematian suami, seperti kerana sebab ditalak.
Bagi perempuan yang beriddah kerana kematian suami, yang iddahnya ialah selama empat bulan sepuluh hari (kecuali bagi perempuan yang hamil, tempoh bagi iddah mereka ialah sehingga melahirkan) maka jumhur ulama telah bersepakat bahawa hukum ihdad atau berkabung di dalam tempoh iddah bagi wanita ini adalah wajib. Ini bersandarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. seperti berikut: Maksudnya: “Tidak halal (haram) bagi wanita yang beriman dengan Allah s.w.t. dan rasulNya untuk berkabung ke atas jenazah selama lebih dari tiga hari kecuali bagi suaminya”.(Hadis riwayat Muslim)
Manakala perempuan yang beriddah kerana talak, para ulama’ sepakat bahawa perempuan ini tidak diwajibkan ke atasnya berkabung, kerana dia masih boleh dirujuk oleh suami. Malah ada ulama yang mengatakan adalah lebih utama baginya berhias-hias untuk menarik perhatian bekas suaminya supaya merujuknya kembali. Tetapi Abu Thaur pula meriwayatkan daripada salah satu pendapat Imam As-Syafi‘ie Rahimahullah bahawa sunat (mustahab) ke atasnya berkabung.
Perempuan yang di dalam tempoh iddah talak yang tidak boleh dirujuk oleh bekas suaminya kecuali dengan nikah dan mahar yang baru atau yang di dalam iddah talak yang tidak boleh dirujuk kecuali setelah bekas isterinya dinikahi dan diceraikan oleh suaminya yang baru dengan syarat-syarat yang tertentu juga dengan nikah dan mahar yang baru, maka bagi perempuan ini menurut Imam As Syafi‘ie dalam Qaul Jadid adalah tidak wajib ke atasnya berkabung kerana ianya beriddah kerana talak, sedangkan berkabung yang wajib itu ialah kerana kematian suami. Walau bagaimanapun adalah sunat hukumnya jika mereka berkabung.
Begitu juga bagi perempuan adalah harus bagi mereka berkabung jika sekiranya terjadi kematian di antara kaum keluarganya seperti ayah atau abang dalam tempoh yang telah diharuskan oleh syarak iaitu selama tiga hari atau kurang dan tidak boleh bahkan haram hukumnya jika melebihi tiga hari berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. riwayat Muslim di atas.
Walau bagaimanapun suami berhak melarang si isteri yang ingin berkabung kerana kematian salah seorang dari kaum keluarga si isteri, kerana berhias itu adalah hak suami yang mesti ditunaikan, oleh yang demikian si isteri hendaklah terlebih dahulu meminta izin kepada suami sebelum melakukannya.

Hikmah pensyariatan ihdad (berkabung)
Adapun diantara hikmah Islam mensyariatkan berkabung (ihdad) ini secara umumnya adalahsebagai menzahirkan rasa sedih terhadap kehilangan seseorang dengan cara yang terbatas dan terkawal, tidak seperti kelakuan orang-orang jahiliah apabila berlakunya kematian, mereka akan menangis dengan menjerit-jerit, menampar-nampar pipi serta mengoyak-ngoyakkan baju dan barbagai-bagai lagi perkara yang dilarang oleh syarak.
Perbuatan-perbuatan seperti di atas adalah perbuatan orang jahiliah yang tidak sepatutnya kita lakukan sebagaimana yang telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis Baginda yang maksudnya: “Tidak termasuk golongan kami mana-mana orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak baju dan berteriak-teriak seperti teriakan orang jahiliah” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Perbuatan berhias atau bersolek boleh menarik perhatian lelaki bahkan boleh membuatkan lelaki tergoda. Oleh sebab itu perbuatan sedemikian ditegah oleh Islam bagi mengelak daripada berlakunya perkara yang buruk demi menjaga kesucian syariat Allah s.w.t. Berkabung adalah sebagai ganti diri suami yang telah tiada untuk megawal dan mengawas isterinya yang ditinggalkannya dalam tempoh waktu yang tertentu.

MELAKSANAKAN TUNTUTAN BERKABUNG
Berkabung adalah wajib bagi isteri yang kematian suami. Manakala berkabung bagi perempuan yang telah diceraikan suami dengan talak adalah sunat. Adapun bagi perempuan-perempuan yang kematian ahli keluarganya seperti abang atau bapanya pula adalah harus.
Rasulullah s.a.w. menggariskan cara tuntutan berkabung itu dengan memakai pakaian yang tidak menarik perhatian. Dengan erti kata lain tidak dibenarkan memakai pakaian yang berwarna terang dan berwarna-warni, pakaian ketat dan jarang yang boleh menampakkan bentuk badan dan seumpamanya selain haram, haram juga semasa dalam tempoh perkabungan. Hal ini digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabda Baginda yang bermaksud : “Seorang perempuan tidak boleh berkabung ke atas kematian seseorang lebih daripada tiga hari kecuali ke atas kematian suaminya selama empat bulan sepuluh hari dan pada tempoh berkabung itu dia tidak boleh memakai pakaian yang dicelup (berwarna-warni)”. (Hadis riwayat Muslim)
Memakai wangi-wangian atau haruman samada pada pakaian atau tubuh badan adalah juga ditegah sama sekali selagi mereka di dalam iddah. Hal ini ada disebut Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud : “……Dan jangan memakai bau-bauan yang harum, kecuali selepas dia bersih, itupun hanyalah daripada wangi-wangian jenis qusth atau azhfar”. (Hadis riwayat Muslim)
Larangan berhias itu termasuklah bercelak mata samada untuk tujuan berhias atau berubatkecualilah pada waktu malam jika ianya diperlukan. Ini termasuk juga mengenakan solekan pada muka dan gincu pada bibir serta memasang kanta berwarna yang bertujuan untuk berhias. Larangan ini berdasarkan hadis Baginda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ummu Athiah r.a. yang bermaksud : "Kami telah ditegah untuk berkabung ke atas orang yang mati melebihi dari tiga hari kecuali ke atas kematian suami selama empat bulan sepuluh hari serta dilarang untuk bercelak mata dan memakai minyak wangi dan memakai pakaian yang berwarna warni”. (Hadis riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Berinai juga ditegah, sebagai mana hadis baginda Rasullullah s.a.w. Baginda bersabda yang bermaksud : “Tidak boleh bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berkabung ke atas kematian seseorang lebih dari tiga hari kecualilah terhadap suaminya dan pada ketika itu ia tidak boleh bercelak mata dan berinai” (Hadis riwayat An-Nasa’ie)
Dari mafhum hadis ini, larangan tersebut termasuklah pacar kuku (cutex) yang digunakan untuk mewarnakan kuku.
Berhias dengan memakai apa jua jenis barang kemas samada cincin atau gelang yang diperbuat dari emas atau perak dan sebagainya adalah juga merupakan perbuatan yang ditegah. Larangan ini adalah jelas berpandukan hadis baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Perempuan yang kematian suami tidak boleh memakai barang kemas, tidak boleh bercelak mata dan tidak boleh berinai”. (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa‘ie)
Islam mengharuskan dan tidak melarang perempuan-perempuan yang berkabung melakukan perkara-perkara seperti mengurus rumah tangga, bersikat rambut tanpa menyapu minyak, memotong kuku, menghilangkan segala kotoran dan perkara-perkara yang bertujuan untuk kebersihan diri.
Dari penjelasan di atas, dapatlah difahami bahawa perempuan yang kematian suami adalah wajib berkabung dengan menghindarkan diri daripada melakukan sebarang tegahan di sepanjang tempoh iddahnya seperti berhias dengan pakaian yang menarik perhatian, berwangi-wangian, bercelak mata, berinai dan sebagainya menurut apa yang telah digariskan oleh syarak. Dari itu sayugia diingatkan bagi perempuan yang diwajibkan berkabung ini supaya mengambil berat akan tuntutan ini kerana jika ianya tidak ditunaikan dan dilaksanakan dia dihukumkan berdosa.

Tuesday, May 24, 2011

SuKa DaN DuKA KeHiDupAn

                                                saya and my roomate


Assalammualaikum kpd semua sahabat-sahabat....


Alhamdulillah bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana memberi kepada sy nyawa pada hari ini. Saya bru naik sem baru iaitu sem 5.. Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar... Walaupun ada sedikit terluka di hati hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu.. Ape pun saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada seseorang yang sudi mnjadi sahabat saya... Wlaupun kte da putus contact saya still anggap sebagai sahabat dunia dan akhirat.. Insya'ALLAH... Saya juga nk ucapkan terima kasih kerana banya mengajar saya... Saya bukan bersedih kehilangan kamu tapi saya cukup terharu kerana awak meninggalkan saya kerana ALLAH S.W.T... Insya'ALLAH semoga pengalaman memberi kita pengajaran.... Walaupun pada asalnya cukup pahit tapi Insya'ALLAH saya akan lalui dgn tabah...


Begitu juga dengan awak.... Saya doakan awak berjaya dunia dan akhirat... Saya harap awak dapat menyimpan buku yang saya bagi dekat awak.. Kerana buku tu jugak banyak mengajar saya untuk menjadi lebih baik...insya'ALLAH....Saya hanya mampu berdoa Insya'ALLAH kalo ada jodoh kita akan jumpa juga satu hari nanti...Saya juga nak mintak maaf sekiranya saya ada tersalah kata dan terkasar bahasa dekat awak...maaf sekali lagi sekiranya saya mengganggu awak...saya just x nak persahabatan atau ukhuwah kita terputus...biarlah ukhuwah kita sampai syurga insya'ALLAH.... Saya juga nak mohon maaf kepada sepupu saya kerana x dapat menerima lamaran awak.... Sebab kita adalah sepupu yang sangat dekat n ikut hukum islam makruh kahwin dengan sepupu....Sesungguhnya ALLAH S.W.T menggalakkan kita berkenalan dan jalinkan sillaturrahim dengan semua.... Insya'ALLAH kalo kita ada jodoh kita akan berkahwin juga nanti...Lagipun saya belum bersedia untuk berkahwin sekarang kerana saya masih muda dan saya nak sambung pelajaran saya Insya'ALLAH... Alhamdulillah dalam menghadapi kedukaan ALLAH S.W.T memberi satu kejutan yang saya x sangka ada hikmah disebaliknya.... Saya memperolehi 4.0 flat untuk sem nie... Sungguh x disangka.... Saya hanya berusaha dan bertawakal  dan hanya ALLAH S.WT. yang tahu.... Walaupun saya rasa saya banyak bermain untuk sem lapas... Gembira yang teramat sangat kerana saya mampu mencapai keputusan yang saya x sangka dan dapat membahagiakan ibubapa saya dengan keputusan... Insya'ALLAH saya akan kekalkan result tu.... Walaupun sem nie agak berat mata pelajarannya.... Sem ni saya blaja :
1. fiqh munakahat
2. fiqh jinayat
3. Tarikh Al-tasyrik Al-islami
4. Islamic economy


Sem nie juga saya dapat thesis yang pada mulanya saya rasa agak berat tajuk nie iaitu "Amalan berkabung bagi Wanita bekerjaya"....tapi Alhamdulillah saya telah menyiapkan proposal... Just mahu di semak oleh penyelia saya iaitu Ustaz Zainuddin...Insya'ALLAH saya harap semua ok dan tiada sebarang kesilapan... Insya'ALLAH.... Sem nie juga saya banyak keluar walaupun dari pandangan orang x elok anak dara keluar... Saya keluar untuk menolong akk bilik saya yang mahu menyiapkan final projeknya.... Saya tlong jadi pemandula... Mungkin hari nie akk bilik saya susah mana tahu esok saya susah Insya'ALLAH ada orang yang tolong.... Saya juga mungkin akan selalu ke kl sentral untuk menolong kwn saya meninjau tempat thesisnya di Wangsa Maju...Insya'ALLAH.....


Untuk sem baru nie saya akan lebih tekun dan menambah amalan sunat Insya'ALLAH seperti solat sunat, puasa setiap isnin dan khamis , kerapkan solat qiamulail....Insya'ALLAH semoga ALLAH permudahkan...amin... Sedikit sebanyak dapat menambah amalan saya dan akan cuba menjadi lebih baik insya'ALLAH....Sebelum kita menutup mata niela kita perlu banyak beramal..Insya'ALLAH.... wallahualam....


nshahidaibrahim

Saturday, May 14, 2011

WARKAH BUAT GADIS SOLEHAH



Assalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Wahai Gadis Solehah…

Dari jauh ku melihat raut wajahmu… tunduk memandang bumi yang luas, gerak langkah kaki mu mengingatkan daku akan sebuah kematian.

Dunia ini penuh dengan kepura-puraan. Namun kau mampu mengharunginya bersama ladang kesabaran dan ketaqwaan mu. Meski pun kau dicaci dan dimaki… ditaburi fitnah… namun bersama gunung kesabaran dan benteng ketaqwaan mu, kau mampu mempertahankan kerana diri mu penuh dengan Nur Iman dan Din Islam utk menegakkan jihad diakhir zaman ini. Bagi mu Al-zuran sebagai hiburan, As-sunnah menjadi amalan dan rumah sebagai tempat perteduhan dari tipuan dunia yang penuh dengan kepura-puraan.

Gadis Solehah..

Disebalik hijabmu terselindung wajah yang penuh dengan Nur. Hati yang sentiasa mengingati mati. Yang mencintai Allah dan rasul dan yang taat kepada kedua ibu bapa mu. Kau pertahankan hijabmu meskpun dunia memandang dengan penuh kehinaan, tetapi ketahuilah… sesungguhnya Allah melihatmu penuh dengan kebanggan. kalimah Allah..

Gadis Ku..

Saban ketika, gerak gerimu ku perhatikan. Akhlakmu yang terperlihara dari segala noda, maruahmu yang kau jaga dari sebarang nida dan yang paling melembutkan hati…. tutur bicaramu melambangkan sifat keibuan sejati. Bila bertembung dengan jejaka yang bukan muhrimmu, kau tunduk memandang bumi… mengingatkan ku tentang firman allah swt:




“Wahai wanita –wanita yang beriman tundukkanlah pandanganmu apabila terpandang lelaki ajnabi supaya tidak berlaku zina hati dan boleh membawa kepada zina besar . Sesungguhnya Allah amat pengasih lagi maha penyayang ,”

Juga meningatkan aku kepada Amirul Mukminin di zaman Rasulullah saw. Siti Aisyah isteri tercinta dan Fatimah puteri tersayang.

Gadis solehah…..
Kau ibarat permata berharga yang sentiasa digilap…. dibalut dan disimpan ditempat yang selamat. Kau juga diibaratkan gagak putih yang dikelilingi gagak hitam.

Siangmu sibuk dengan urusan duniawi namun tika malam menjelang, kau perhambakan diri sepenuhnya kepada Ilahi, beribadat… bibirmu berzikir mentilawah Al – Zuran, tahajjud , witir dan amalan – amalan istiqamahmu.

Jauh disudut hatiku aku bangga dengan Imanmu, Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu, Hijabmu dan perjuanganmu menegakkan kalimah Allah.

Gadis solehah….
Sebelum mengakhiri coretanku ..kutitipkan firman Allah swt buatmu…

“ Sesungguhnya perempuan yang solehah untuk lelaki yang soleh dan yang jahat pula untuk perempuan yang jahat.”

Kekalkan hijabmu hingga keakhir hayatmu …

Kau idaman lelaki beriman.

Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah dan wanita solehah itu adalah perhiasan kepada dunia..

Sekadar buat renungan……………

 selamat malam andai terjaga malam ni sama2 lah kita brthjud ,mghmbakn dr kpd DIA...wassalam dari ana...

Monday, May 9, 2011

pernikahan

Bagi yang bujang suatu iktibar

Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran

Bagi yang berkeluarga perlu mengajar


Wahai SUAMI..renungkanlah


Pernikahan atau perkawinan menyingkap tabir rahasia

Istri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah

Tidaklah setaqwa Aisyah

Tidaklah setabah Fatimah


Justru,

Istrimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..

Pernikahan atau perkawinan mengajar kita kewajiban bersama

Istri menjadi tanah, kamu langit penaungnya

Istri ladang tanaman, kamu pemagarnya

Istri kiasan ternakan, kamu gembalanya

Istri adalah murid, kamu mursyidnya

Istri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya


Saat istri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya

Ketika istri menjadi racun, kamulah penawar bisanya

Seandai istri tulang yang bengkok, berhati-hatilah meluruskannya


Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan rida ALLAH SWT

karena memiliki istri yang tak sehebat mana

Justru Kamu akan tersentak dari alpa


Kamu bukanlah Rasulullah SAW..

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah

Cuma Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH..

Amin..


Wahai ISTRI pula...

renungkanlah


Pernikahan atau perkawinan membuka tabir rahasia

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW..

Tidaklah setaqwa Ibrahim

Tidak setabah Ayyub

Tidak segagah Musa

Apalagi setampan Yusuf


Justru

Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita

membangun keturunan yang soleh.

Pernikahan atau perkawinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya

Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya

Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgasananya

Ketika suami menjadi bisa, kamulah penawar obatnya


Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkawinan mengajarkan kita

perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan rida ALLAH SWT

karena Memiliki suami yang tak segagah mana..


Justru

Kamu akan tersentak dari alpa

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga

Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH


Amin.


Justru itu wahai SUAMI dan ISTRI

Jangan menuntut terlalu tinggi

Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya


SUAMI dan ISTRI ingatlah:


Mengapa mendambakan istri sehebat Khadijah

Andai diri tidak semulia Rasulullah SAW..

Tidak perlu istri secantik Balqis

Andai diri tidak sehebat Sulaiman


Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf

Seandai kasih tak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim

Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..



"Terciptanya kita bukan tanpa tujuan, pasti ada balasan di akhir semua ini. Hidup tidak memberikan kesempatan yang kedua kali, maka jadikan dunia ini ukiran amal yang tidak ternilai."