Saturday, April 28, 2012

Pernikahan atau Perkahwinan




Pernikahan atau Perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh-solehah..

Pernikahan atau Perkahwinan,

Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami adalah nakhoda kapal, kamu kemudinya,
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja,kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika Suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami baran, sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah..

Wednesday, April 25, 2012

Ya Allah



Assalammualaikum wbt...

Ya Allah...
LINDUNGILAH insan-insan yang ku SAYANGI...
PELIHARALAH mereka walaupun..
Mereka DEKAT ataupun JAUH dariku...
RAHMATILAH mereka dengan KASIH SAYANGMu...
BERKATILAH mereka dengan limpahan RezekiMu...
Jadikanlah KASIH Dan SAYANG di antara kami...
Senantiasa SUBUR mewangi hingga ke akhir hayat kami...
Semoga Engkau Dekatkan hati-hati kami...
Dan DEKATKANLAH hati-hati kami..
Untuk Menuju JALANMu ya Allah..
Aamiin Ya Rabbal'alamin...

Thursday, April 19, 2012

buat bakal imam




Wahai bakal imamku,
aku tidak meminta apa2 berkenaan harta sebanyak mungkin didunia ini,
yang hanya ku inginkan keikhlasan dan ketulusan suci hatimu dlm membimbingku ke jalanNya.
cintailah Allah pertama dlm hidupmu, cintailah Rasulullah SAW utk yang keduanya. dan cintailah ibubapamu utk yang ketiganya. Maka cintailah aku utk yang keempat, kerana aku redha dlm mencintaimu.

Wahai bakal penyeri hidupku,
cukuplah hanya engkau menerima diriku seadanya.
aku hanya perlukan bimbingan dlm menuju redhaNya. InsyaAllah.
hanya dengan itu lebih membuatkan diriku tenang, kerana ku tahu dunia cumalah sementara. jika aku punyai kelemahan maafkanlah aku. kerana aku bukanlah manusia yang sempurna, malah aku akan belajar utk memberikan yang terbaik utkmu dan menjaga segala hal keperibadianmu. Dengan Izin Allah mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.

Wahai bakal pembimbingku,
cukuplah cinta kita hanya selepas nikah.
kerana Redha dan RahmatNya lebih aku suka dr mencintaimu sebelum nikah.

Saturday, April 14, 2012

Jika RINDUKAN SESEORANG



♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"

Tuesday, April 3, 2012

Tanda Kita Dah Bersedia Kahwin..



Hidup berumahtangga merupakan suatu pengalaman manis yang berlaku dalam sejarah lakaran hidup anda.

Tapi adakah anda benar-benar tahu dan yakin yang anda telahpun bersedia untuk memulakan ikatan perkahwinan tersebut? Bagaimana anda boleh mengetahui tanda-tanda yang anda telah bersedia untuk melayari bahtera perkahwinan tersebut?

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bersama anda 5 petanda yang jika anda sedang laluinya ataupun ianya terdapat dalam diri anda, anda memang dah sedia nak kahwin.

Petanda 1: Rela Berkongsi

Rela berkongsi bermaksud anda bukan hanya sanggup dan telah bersedia untuk berkongsi kasih, sayang dan cinta diantara anda berdua.

Tetapi, ia jauh meliputi lebih banyak aspek dalam kehidupan seharian anda. Aspek-aspek yang dimaksudkan adalah seperti wang, perasaan, masa, pendapat, harta-benda, rumah, makanan, dan lain-lain perkara dalam kehidupan seharian anda.


Petanda 2: Boleh Berfikir Secara Terbuka

Kadang-kala, ketika anda melayari bahtera rumahtangga anda, perselisihan pasti akan terjadi. Justeru itu, anda haruslah berfikiran terbuka dan boleh berbincang dengan baik dan tenang sesama anda berdua ketika sesuatu perselisihan itu berlaku.

Mungkin punca perselisihan anda berdua hanyalah kerana perkara-perkara remeh. Jika anda berfikiran terbuka dan boleh menerima kesilapan diri masing-masing, perjalanan hidup berumahtangga anda pasti lebih mudah dan berjalan dengan lancar.


Petanda 3: Anda Boleh Menjawab Soalan “Kenapa Aku Nak Kahwin” Dengan Baik

Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main-main. Seumur hidup, sekali je kahwin ni. Beberapa persoalan yang perlu anda tanya diri anda sendiri sebelum berkahwin adalah seperti:

Mengapa anda perlu berkahwin?

Adakah kedua-dua belah pihak keluarga anda berdua boleh menerima anda berdua untuk berkahwin?

Apakah yang ingin anda berdua capai dalam hidup setelah berkahwin untuk jangka masa panjang?

Jika anda boleh menjawab soalan-soalan tersebut dengan baik, maka memang telah terbuktilah anda berdua telah bersedia untuk berkahwin.


Petanda 4: Sanggup Bertolak Ansur

Anda berdua boleh bertolak ansur jika sesuatu pilihan atau keputusan kritikal perlu dibuat. Ada juga kadang-kala anda berdua akan berselisih faham. Jika perkara tersebut berlaku, salah-satu pihak harus beralah dan bertolak ansur. Jangan ikutkan sangat ego anda.


Petanda 5: Bersedia Menerima Sifat Dan Tabiat Pasangan

Memang kita perlu akur, ketika bercintan-cintun dulu, semuanya indah-indah dan baik-baik belaka. Bak kata orang, nak control macho la (kalau yg lelaki) atau nak control cun bagi yang perempuan.

Setelah berkahwin nanti, sifat-sifat atau tabiat-tabiat yang selama ini tersembunyi dan tidak ditunjukkan secara terus ketika bercinta dulu, harus anda terimanya dengan hati yang terbuka. Memang tiada sesiapa pun yang sempurna di dunia ini. Pasangan anda pasti mempunyai kekurangannya yang tersendiri.

Begitulah beberapa petanda jika ianya telah muncul dalam diri anda, usah teragak-agak untuk hantar rombongan meminang (bagi yang lelaki) atau cepat-cepat suruh kekasih anda belikan cincin tunang (bagi gadis).

*Duit pon perlu ada..:)

AnAk BuAh


Assalammualaikum sahabat2...ana baru jerk dpat berita gembira pada 13/12/2011 ana dapat anak buah lelaki...ari ni baru berkesempatan nak kongsi cerita...alhamdulillah anak buah ana telah selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur...namanya Mohamad Rafi'uddin bin Rosli...comel sangat..tapi sekarang dy da 3 bulan lebih...kat atas ni gambar time dy bru 1 hari...alhamdulillah bersyukur ke harat illahi akk ana selamat melahirkan anak lelaki secara normal pada jam 10.30 pagi...rindu nak jumpa nak buah...wassalam..

Sunday, April 1, 2012

ya ALLAH



ya ALLAH bantulah aku untuk melupakannya,
ya ALLAH kenapa begitu susah untuk melupakannya,
semakin ak cuba lupa semakin dkt dy dgn aku ya ALLAH,
semakin aku cube untuk lupa semakin banya sesauatu yang berkaitannya dgnnya dekat dengan ak ya ALLAH,
tolongla hambaMu yang hina ini...
ak tiak mahu cinta yang tidak halal dan aku juga tidak mahu menghalalkan yang haram ya ALLAH...
jika betul aku jodoh untuknya Engkau pertemukanlah kami dlm pertemuan yang tidak pernah kami sangka ya ALLAH...
bantulah hamba Mu ini dalam mencapai jodoh yang Engkau telah tetapkan ya ALLAH...
hanya Engkau yang mampu ku mengadu...
aku tidak mahu tersilap langkah dan tersilap pilih...
semoga Engkau tunjukkan apa yang terbaik untuk hamba Mu ini...
amin ya rabbal alamin....


pAsRah DenGan IsTikHaraH


Assalamualaikum...ya ALLAH jika dia di catatkan di luh mahfuz pemilikku di dunia ini, Engkau satukanlah kami. Jika dia bukan untukku Engkau jauhkanla ya ALLAH...permudahkanlah Istikharahku ya ALLAH...
semoga aku menemui org yang betul yang blh memimpinku ke jalanMu ya ALLAH...sesungguhnya aku tidak minta lelaki yang kaya dengan harta tetapi aku minta lelaki yang kaya dengan agama dan budi pekerti yang meneriaku seadanya dan menerima keluargaku seadanya...aku tidak minta ustaz untuk melengkapi diri ini tetapi aku minta lelaki biasa apabila mengeluarkan kata-kata lebih dari seorang ustaz ya ALLAH...Engkau permudahkanlah aku ya ALLAH...ak tidak mahu ikutkan gerak hati tapi aku mahu ikut pilihanMu ya ALLAH...amin ya rabbalalamin...