Sunday, September 4, 2011

RaHsiA SeNyUmaN Rasulullah S.A.W.



Media paling besar yang dilakukan Muhammad saw. dalam dakwah dan perilaku beliau adalah, gerakan yang tidak memerlukan kos yang besar, tidak memerlukan tenaga berlebihan, meluncur dari bibir untuk seterusnya masuk ke lubuk hati yang sangat dalam. 

Jangan anda tanyakan keberkesanannya dalam mempengaruhi akal fikiran, menghilangkan kesedihan, membersihkan jiwa, menghancurkan tembok penghalang di antara anak manusia!. Itulah ketulusan yang mengalir dari dua bibir yang bersih, itulah senyuman!


Itulah senyuman yang dicatat dalam Al Qur’an tentang kisah Nabi Sulaiman as, ketika Ia berkata kepada seekor semut,
“Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. An Naml:19


Muhammad saw. telah meluluhkan hati siapa saja dengan senyuman. Beliau mampu “menyentuh” hati dengan senyuman. Beliau menumbuhkan harapan dengan senyuman.


Beliau mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan beliau saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini.


Bahkan beliau menjadikan senyuman sebagai tempat berlumba dalam kebaikan.
Rasulullah saw. bersabda,
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” At Tirmidzi dalam sahihnya.
Meskipun sudah sangat jelas dan terang petunjuk Nabi dan praktik beliau secara terus ini, namun masih ramai sebahagian manusia masih berlaku keras terhadap anggota keluarganya, tehadap rumah tangganya dengan tidak melebarkan senyuman dari bibirnya dan dari ketulusan hatinya.
Anda merasakan bahawa sebahagian manusia -kerana bersikap marah dan muka masam- mengira bahawa giginya bahagian dari aurat yang harus ditutupi! Di mana mereka di depan petunjuk Nabi yang agung ini! Sungguh jauh mereka dari contoh Nabi muhammad saw.!


Orang yang selalu masam tidak mensengsarakan kecuali dirinya sendiri. Bermuka masam bererti mengharamkan menikmati dunia ini. Dan bagi siapa sahaja yang mahu menebar senyum, selamanya ia akan senang dan gembira. Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment