Sunday, November 6, 2011

Doa inginkan dua syurga



Aku inginkan dua syurgaMu Ya Allah…

وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ

Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga – ArRahman 46 -

Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya. – Al imran 15 -

Doa seorang dewasa..

Tatkala orang lain asik melagukan

“IKTIRAF..Wahai Tuhan, Ku Tak Layak Ke SyurgaMu Namun Tak Pula Aku SanggupKe NerakaMu Ampunkan Dosaku Terimalah Taubatku.. ” aku pulak memikirkan dan megharapkan 2 Syurga..

Benar sekarang ini aku memikirkan hebatnye memiliki 2 syurga dan janji Allah dalam Arrahman ayat 46 itu. Membayangkan dan memikirkan kehebatan 1 syurga pun sebenarnya takkan mampu tapi apa salahnya aku optimis dan merencana untuk 2 syurga itu?

Bersyukur dengan 1 isteri, anak anak & jiran yang baik serta kecukupan dunia mungkin satu titik permulaan untuk mencapai 2 syurga itu.

“Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia”. (QS. An-Naml, 27 : 40)

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” (QS. An-Nahl:78)

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? ( Arrahman )

Yaa Rahman Kurniakanlah tahap Syukur Aku bertambah saban hari dan kumpulkan aku nanti beserta golongan yang sedikit itu…….

Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur ( AlMukminun, 23:78)

No comments:

Post a Comment